Wednesday, January 16, 2008

PTER: KOTUMBAYAN


Apa yang anda lihat pada paparan ini adalah rekabentuk kulit album Mr.Pter yang pertama. Melihat tajuk album ini "Kotumbayan", album ini memuatkan 10 buah lagu yang rata-ratanya adalah ciptaan beliau sendiri.

Buat masa ini, album "Kotumbayan" ini diedar dalam bentuk kaset sahaja. Namun, memandangkan pasaran kaset pada masa kini semakin kurang sambutannya maka perancangan untuk mengeluarkan audio CD sememangnya dalam proses. Bila? Persoalan seumpama itu sukar untuk dijawab buat masa ini kerana perancangan itu masih dalam rundingan.

Kepada anda yang ingin mendengar bagaimana corak lagu-lagu Mr.Pter, anda bolehlah 'stream' melalui kotak lagu yang disediakan pada sisi kanan blog ini.

Tuesday, October 9, 2007

PTER: Pelancaran Album Jestie Alexius

Tanggal 4hb Oktober lepas, Jestie Alexius telah mengadakan pelancaran album ke-4 nya bertempat di pentas tamu pekan Tambunan. Semasa pelancaran itu, beliau membawakan beberapa lagu secara "live". Salah seorang yang terlibat dalam persembahan live band itu adalah... Mr.Pter. Yeah!!!

Yo! Hari ini I main BASS!!"
Aksi Pter dengan gitar Bassnya...

Inilah pemain-pemain live band JMI ketika itu.

Err... yang ini sebenarnya time pelancaran album rohani di gereja St.Theresa, Tambunan.

Ini adalah pada malam harinya di Tambunan Motel. All OUT!! Yeah!!

Mr.Pter turut memeriahkan pentas pada malam itu. Memang happening la!!

Thursday, September 27, 2007

Album Rohani (Lagu-lagu Puji-pujian)

Update kali ini, kita bercerita tentang penglibatan Mr.Pter dalam pembikinan album rohani (kompilasi) terbitan JMI. Ringkasannya, album kompilasi ini mengandungi 10 buah lagu baru gubahan artis-artis yang terlibat. Mr.Pter tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan album ini. Sembilan orang artis yang menyumbangkan lagu dan suara dalam album ini. Untuk pengetahuan anda salah satu lagu itu adalah nyanyian kesemua artis-artis yang terdapat dalam album tersebut.Konsep? Ia berkonsepkan rockballad dan akustik jazz. Nantikanlah ia di pasaran. Puji Tuhan!

Noah, Pter & Boni

Wednesday, September 26, 2007

PTER rock!

Bukan senang untuk menyiapkan sesi shooting.

Baru-baru ini, Mr.Pter terlibat dalam penggambaran MTV Karaoke Jestie Alexius Vol.4 sebagai watak gitaris. Agak penat juga kerana shooting dibuat hingga ke malamnya. Wohh!!

Ready... ACTIONNNN! Sebahagian daripada babak yang sempat di rakam.

Yeah!!I'm the guitarist!!

Sampai malam wooo...Tapi Mr.Pter tetap maintain!

PTER in Da Studio!

Inilah sedikit pembayang kepada anda rupa bentuk studio JMI (Jestie Music Industry). Mr.Pter memilih studio JMI untuk dijadikan latarbelakang untuk gambar-gambarnya pada kali ini. Jom tengok...

Di meja inilah "keajaiban" bunyi-bunyian berlaku.

Mr.Pter ketika dalam proses rakaman suara untuk lagu rohani yang bakal dipasarkan dalam album rohani kompilasi terbitan JMI.

"The Alexius Brothers". Namun begitu, konsep Mr.Pter tetap berbeza dari. Adik-beradik ini ada keunikan tersendiri. Dapatkanlah album beliau di pasaran. PASTIKAN ORIGINAL!

Thursday, July 26, 2007

PTER in Da House!

Salam sejahtera kepada semua yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih tidak terkira atas kesudian anda mengunjungi blog yang baru bermula ini... Pertama sekali, 'post' sulung ini ingin berkongsi gambar-gambar Mr.Pter. Untuk pengetahuan anda semua, Mr.Pter adalah seorang artis yang boleh dikatakan masih baru dalam industri seni tempatan. Sebenarnya, beliau sudah muncul sejak tahun 2005 lagi. Namun kesibukan kerja menghadkan pergerakan promosi. Kini Mr.Pter membuat COMEBACK!!!Inilah wajah Mr.Pter yang murah dengan senyuman. Dan jangan hairan anda akan tidak berhenti ketawa sepanjang hari jika anda berpeluang berborak dengan beliau. Ha ha ha. Anda pasti terhibur dengan 1001 cerita beliau yang tersendiri.


Mr.Pter bersama Dickson Jailis (Juara Sugandoi Kaamatan Tahun 2004)

Bukan orang sembarangan! Mr.Pter bukan setakat tahu menyanyi sahaja. Lihatlah di atas ini... percayalah ketika gambar ini di'snap', beliau sedang memainkan lagu Elvis Presley!

Tidak pernah berpisah dengan MUZIK. Mr.Pter berposing bersama gitar Santa Cruz.

Bukan setakat bergambar dengan gitar bass. Mr.Pter gemar bermain bass rock 'n' roll!


Ok...nampaknya sampai di sini sahaja untuk kali ini. Untuk 'post' yang seterusnya, blog ini akan memaparkan review album Mr.Pter - Kotumbayan. Lagu-lagu beliau adalah seperti yang anda dengar di SINGING BOX. Kepada anda yang menggemari lagu-lagu Mr.Pter dan berminat untuk memiliki album beliau yang terhad ini, sila hubungi Mr.Pter di talian 0195355191.

Tuesday, July 17, 2007

Welcome To My Corner!

Hai semua!!!

P^ter Music Corner akan cuba menghiburkan anda semua yang sudi melawati blog ini.